SEJARAH  RINGKAS  SEKOLAH

        SJK(C) Lok Yu 3 ditubuhkan pada tahun tiga puluhan. Pada ketika itu, sebuah kediaman atap digunakan sebagai bangunan sekolah.

        Dalam tahun 1941-1945, sekolah terpaksa ditutup kerana berlakunya Peperangan Dunia Kedua. Selepas tamatnya perang tersebut, sekolah pun rosak belaka.

       Pada masa itu, masyarakat Cina   tempatan berpendapatan bahawa pendidikan adalah suatu warisan yang seharusnya diturunkan kepada genarasi baru khususnya dalam sebuah kampung yang terpencil, di mana sebilangan besar penduduk berkekurangan pendidikan. Atas hasrat dan kemampuan yang tinggi, pengasas-pengasas sekolah dengan kerjasama segenap lapisan masyarat tempatan telah bertungkus-lumus demi  mencapai cita-cita tersebut . Penduduk -penduduk tempatan menyumbangkan wang dan sumber tenaga untuk mendirikan sebuah bangunan yang berbumbung atap di alamat sekarang pada tahun 1946. Ketika itu, sekolah ini mempunyai sebuah bilik guru , dua buah bilik darjah, sebuah dewan kecil, sebuah asrama guru, sebuah tandas dan sebuah lagi bilik mandi. Bilangan murid pada masa itu adalah lebih kurang 50 orang. Guru Besar ialah En. Gan Long Zhang.

        Dalam tahun 1970, pihak sekolah mendapat peruntukan wang dari kerajaan untuk memperbaiki keadaan bangunan sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tahun 1982 meluluskan peruntukan sebanyak RM5000 untuk  pembinaan sebuah kantin dan pembaikan bangunan. Pada tahun 1991, dua buah bilik darjah dibina dengan peruntukan dari kerajaan. Pada tahun 1994, pihak sekolah sekali lagi dapat peruntukan wang dari kerajaan untuk mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas sekolah ini. Pada tahun 1997 , pihak sekolah telah memasang gril tingkap melalui peruntukan Menteri Besar sebanyak RM4000 .  Pada tahun ini , walaupun kerajaan mengalami kemerosotan ekonomi, pihak sekolah juga boleh dapat  peruntukan sebanyak RM4500 untuk mencatkan bangunan sekolah dan memasang pintu besi dewan sekolah.

       Kini, sekolah telah mempunyai sebuah Pejabat Guru Besar, sebuah Bilik Guru, sebuah perpustakan, sebuah dewan kecil, 3 buah bilik darjah, sebuah bilik Sains/Kemahiran Hidup, dua buah tandas, sebuah bilik stor dan sebuah gelanggang badminton.

       Setakat ini, seramai 9 orang telah dilantik atau ditugaskan sebagai Guru Besar di sekolah ini. Mereka ialah En. Gan Long Zhang, En. Ng Boon Lin, En. Ong Chao Siang, En. Choo Kee Fong, En. Tan Chee Meng, En. Teo Chang Yao, En. Fong Chat Lin , Pn Tan Siew Kiat dan En. Koh Eng Heng. Pada 16.01.98 En. Lee Kui Tiam dilantik sebagai Guru Besar hingga sekarang.

       Masa sekarang, sekolah ini mempunyai 4 orang guru, 27 orang murid dan seorang pekerja rendah awam. Pada  masa  akan datang , bilangan murid pun lebih kurang begitu juga . Keadaan begitu disebabkan keluarga kaum Cina terhad bilangannya di kawasan sekeliling.

Main