msia.gif (3987 bytes)PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PONTIAN
    1927P, JALAN ALSAGOFF,
    82000 PONTIAN,
    JOHOR DARUL TAKZIM.                                                        TEL : 07-6871677       FAX : 07-6870580


Kata-Kata Aluan Pegawai Pendidikan Daerah Pontian

ppd.gif (7534 bytes)

HAJI ZAINAL BIN NONG

         Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata sempena pelancaran Homepage Sekolah  Jenis Kebangsaan (Cina) Lok Yu 3, Permatang Sepam, Benut, Pontian di Internet. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan program ini. Pelancaran Homepage Sekolah Lok Yu 3 ini menunjukkan wujudnya sikap yang positif dan proaktif di kalangan staf sekolah Lok Yu 3. Masyarakat bermaklumat amat penting untuk kita menjadi peneraju dalam era Teknologi Maklumat seperti yang ditegaskan oleh Perdana Menteri : " Computer literacy is a must, if we want to progress and develop. No effort must be spared in the creation of an information-rich Malaysia society."

        Sesungguhnya, banyak perubahan-perubahan positif sedang berlaku dalam sistem pendidikan kita dengan wujudnya teknologi maklumat. Kerajaan Malaysia sedang melancarkan satu reformasi Sistem Pendidikan Malaysia dengan menggunakan Teknologi Multimedia. "Sekolah Bestari" telah dipilih untuk meminpin perkembangan MSC. Sekolah Bestari bertujuan membentuk pemikiran generasi baru kita untuk bersedia menerima cabaran era Teknologi Maklumat. Sekolah seluruh negara perlu bersedia untuk perubahan ini.

Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya.

Sekian, terima kasih. 

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

" TEKNOLOGI KE ARAH PENDIDIKAN BESTARI"

Yang menjalankan tugas,

ppdsign.gif (5096 bytes)
(HAJI ZAINAL BIN NONG)
Pegawai Pendidikan Daerah Pontian


Main