KATA-KATA  ALUAN   GURU   BESAR

 gb.jpg (6069 bytes)

Bekas Guru Besar

             Menjelang  era Sains dan Teknoloji  yang  maju, penggunaan  komputer menjadi semakin popular. Sesiapa  yang tidak mahir   komputer akan ketinggalan  zaman.

            Pada zaman abad 21 yang akan datang, teknologi komputer adalah mustahak kepada setiap lapisan masyarakat dalam kehidupan setiap hari.

            Kita dapat memperoleh pengetahuan dan maklumat terkini melalui laman internet. Oleh demikian pendidikan komputer menjadi satu saluran penting supaya genarasi akan datang mahir dalam penggunaan internet.  Pihak sekolah memerlukan kerjasama dari semua pihak tertentu terutama Lembaga Jemaah dan PIBG sekolah untuk mencapai cita-cita pendidikan ini.

           Pihak sekolah bersyukor kerana mendapat tunjukajar membuat laman web daripada PSC En. Khoo  Soo Seang. Dengan bantuan daripada  Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina dan Majlis Guru Besar Sekolah Cina, pihak sekolah berasa bangga dapat mempamirkan laman web sekolah sendiri bersama-sama dengan sekolah-sekolah  Cina di daerah Pontian pada 15.10.1998.

            Akhirkata, saya berharap agar semua guru dapat belajar dan memahirkan teknologi komputer demi kepentingan diri dan pelajar kita .

Guru Besar Baru

Main